Sunday, January 20, 2013

hembusan bayu gunung 1


A
ngin memupuk lembut ke pipiku, terasa tenang sekali . Ternyata jasadku dan alam semulajadi di kampung ini sudah sebati. Kampungku , Feldaku, Felda Gunung Bongsu, satu perkampungan yang jauh dari hiruk pikuk sang Bandar yang menagih wang dari tenaga abdi kudrat tulang empat kerat manusia. Aku  suka kampungku ini, dalam hatiku setegari bukit-bukit yang mengelilingi secebis meta-populasi manusia yang terpilih untuk mengusahakan beberapa bidang tanah di bawah seliaan kerajaan. Ada yang tinngi , ada yang rendah, mungkin built yang rendah itu dinamakan sempena nama kampungku, gunung yang bongsu skali. Aku  bebas bergerak b ermain di celahan lengan si rambutan yang mekar membunga, merangkak di semak dibawah naungan si durian,juga sungai yang tenang mengalir membekalkan sumber protein yang percuma buat keluargaku. Nun jauh disana kulihat kawanan burung bebas terbang pulang ke sarang berbelakangkan keindahan kilauan emas sang mentari yang kian hilang seri wajahnya oh, matahariku.’’ Amir,ooo mir, balik nak, mandi,nanti lewat nak pi mengaji rumah tok ndak kau, ish budak bertuah ni,’’terdengar sayup suara ibuku yang sebenarnya sudah lama memerhatikan gerak-geriku tanpa kusedari. 

Aku anak keenam dari 8adik beradik, yang sulung arwah abangku, Mohd Rani, kemudian kakakku suzana,sunita,diikuti abangku ridzuan ,siti nur kakak ketigaku, juga adik perempuan comelku suhaida dan asshikin. Adik-adikku masih kecil, cuma tahu bermain seperti kanak-kanak lain tapi keriangan dimata mereka seolah-olah semangat bagiku untuk Berjaya. Aku tidak sampai hati melihat tangisan kesakitan adik-adikku walau kadang2 kenakalan mereka mengundang baranku yang mungkin turun dari dari genetik bapaku. Aku sayangkan mereka, sebab mereka membesar didepanku. Kakak dan abgku masing2 sibuk mencari rezeki kecuali kakakku yang sulung mengidap penyakit misteri yang menjadikannya berfikiran seperti keanak-anakan. Aku masih belum mengerti semua ini. Aku menyiapkan diri untuk kerumah jiranku yang juga tok guru alQuran ku. Tok ndak ,sangat baik dan pemurah. Tidak pernah berkasar bila melakukan kerja atau percakapannya yang lembut berbanding isterinya yang kasar dan kuat bergosip. Di fikiranku sempat juga ku selitkan animasi muka isteri tok ndak berbadan kan murai yang becok , baru la padan . ku ketawa sendirian. Lepas balik mengaji ,kucium tangan tok guruku dan berjalan pulang didalam kepekatan malam. Walau pun gentar, aku terpegun dengan kecantikan bintang yang setia mnemani bulan yang malu disebalik awan. Subhanallah , cantiknya alam ciptaan tuhan pokok-pokok disekelilingku mula mengusikku dengan lambaian-lambaian menakutkan .aku percepatkan langkahku agar segera sampai. Dari jauh kudengar sayup suara keluargaku bersembang ,diseliti suara kakak sitiku yang berlatih nayid barangkali. Tiba-tiba zappppppppppppppp kuterdengar libasan rotan kebelakang seseorang.aku sudah pasti itu mesti abg wanku yang baru pulang setelah seharian merayau bersama teman sebayanya. Aku lari di bawah rumah , kulihat di celahan dinding rumah kayu lama yang dimakan anai-anai, tepat jangkaanku. Aku beranikan diri masuk kerana ku dengar tangisan adik-adikku ketakutan. Kupanggil adik-adiku dan menemani ku makan. Masing2 berebut nasi putih berlaukkan minyak bilis ,telur hancur yang ku ambil dari ayam betina yang kuberikan nama Kembong petang tadi dan toyu (kicap) cap ayam.  Aku sayang kembong kerana ayam ini seakan-akan memahami kesusahan keluargaku kerana ayam ini kerap bertelur walaupun badannya kecil berwarna hitam pekat..Aku kunyah nasiku perlahan-lahan tetapi hatiku sebak melihat keadaan ini. Harga getah yang rendah menyebabkan tekanan kian dirasai ketika ini. Harga pasaran bagi sekilo getah hanyalah sekupang(sepuluh sen),maka berebut-rebutlah si peneroka membuka buku tiga lima yang cukup popular di kedai Si India Siva yang tersenyih girang . Di sebalik senyuman Siva itu tidak ubah seperti lintah yang menghisap darah, tapi apalah daya si peneroka yang tidak punya apa-apa. Aku bangun dan basuh tangan di paip air . ‘’ sikit makan mir?’’ terdengar ibuku bersuara. ‘’ da kenyang mak, tok ndak jamu kuih tadi, sedap mak ,kenyang sangat”, lancar mulutku berbohong. Sebenarnya aku simpan nasi untu abgku yangku tahu belum lagi menjamah apa2 lagi. Aku tidur awal kerana bersekolah pada esok hari. Katil double decker ini memuatkan aku dan abangku dibahagian atas dan kakak dan adik-adikku dibahagian bawah. Acapkali aku terjatuh ke bawah penangan abgku yang liar tidur malamnya. Alamatnya , terpaksalah aku tidur beralas kain pelikat cap gajah duduk dilantai kayu. Kedaifan ini sebenarnya banyak mengajarku erti sabar…dan keadaan ini memacu kepada kematangan akal justeru menyelinap di segenap ragaku setiap kali kemiskinan ini mematahkan semangatku.. aku akur dengan apa yang tuhan berikan…akhirnya aku terlena dibuai angin yang tenang membelai jasad kecilku….aku lena dalam sebak dadaku melayan perasaan…seperti angin yang lalu tenang membawa kesejukan malam…berkatiku ya Allah…………………

No comments:

Post a Comment