A
|
ngin memupuk lembut ke
pipiku, terasa tenang sekali . Ternyata jasadku dan alam semulajadi di kampung
ini sudah sebati. Kampungku , Feldaku, Felda Gunung Bongsu, satu perkampungan
yang jauh dari hiruk pikuk sang Bandar yang menagih wang dari tenaga abdi
kudrat tulang empat kerat manusia. Aku suka kampungku ini, dalam hatiku setegari
bukit-bukit yang mengelilingi secebis meta-populasi manusia yang terpilih untuk
mengusahakan beberapa bidang tanah di bawah seliaan kerajaan. Ada yang tinngi ,
ada yang rendah, mungkin built yang rendah itu dinamakan sempena nama
kampungku, gunung yang bongsu skali. Aku bebas bergerak b ermain di celahan lengan si
rambutan yang mekar membunga, merangkak di semak dibawah naungan si durian,juga
sungai yang tenang mengalir membekalkan sumber protein yang percuma buat
keluargaku. Nun jauh disana kulihat kawanan burung bebas terbang pulang ke
sarang berbelakangkan keindahan kilauan emas sang mentari yang kian hilang seri
wajahnya oh, matahariku.’’ Amir,ooo mir, balik nak, mandi,nanti lewat nak pi
mengaji rumah tok ndak kau, ish budak bertuah ni,’’terdengar sayup suara ibuku
yang sebenarnya sudah lama memerhatikan gerak-geriku tanpa kusedari.
Aku anak
keenam dari 8adik beradik, yang sulung arwah abangku, Mohd Rani, kemudian
kakakku suzana,sunita,diikuti abangku ridzuan ,siti nur kakak ketigaku, juga
adik perempuan comelku suhaida dan asshikin. Adik-adikku masih kecil, cuma tahu
bermain seperti kanak-kanak lain tapi keriangan dimata mereka seolah-olah
semangat bagiku untuk Berjaya. Aku tidak sampai hati melihat tangisan kesakitan
adik-adikku walau kadang2 kenakalan mereka mengundang baranku yang mungkin
turun dari dari genetik bapaku. Aku sayangkan mereka, sebab mereka membesar
didepanku. Kakak dan abgku masing2 sibuk mencari rezeki kecuali kakakku yang
sulung mengidap penyakit misteri yang menjadikannya berfikiran seperti
keanak-anakan. Aku masih belum mengerti semua ini. Aku menyiapkan diri untuk
kerumah jiranku yang juga tok guru alQuran ku. Tok ndak ,sangat baik dan pemurah.
Tidak pernah berkasar bila melakukan kerja atau percakapannya yang lembut
berbanding isterinya yang kasar dan kuat bergosip. Di fikiranku sempat juga ku
selitkan animasi muka isteri tok ndak berbadan kan murai yang becok , baru la
padan . ku ketawa sendirian. Lepas balik mengaji ,kucium tangan tok guruku dan
berjalan pulang didalam kepekatan malam. Walau pun gentar, aku terpegun dengan
kecantikan bintang yang setia mnemani bulan yang malu disebalik awan.
Subhanallah , cantiknya alam ciptaan tuhan pokok-pokok disekelilingku mula
mengusikku dengan lambaian-lambaian menakutkan .aku percepatkan langkahku agar
segera sampai. Dari jauh kudengar sayup suara keluargaku bersembang ,diseliti
suara kakak sitiku yang berlatih nayid barangkali. Tiba-tiba zappppppppppppppp
kuterdengar libasan rotan kebelakang seseorang.aku sudah pasti itu mesti abg
wanku yang baru pulang setelah seharian merayau bersama teman sebayanya. Aku
lari di bawah rumah , kulihat di celahan dinding rumah kayu lama yang dimakan
anai-anai, tepat jangkaanku. Aku beranikan diri masuk kerana ku dengar tangisan
adik-adikku ketakutan. Kupanggil adik-adiku dan menemani ku makan. Masing2
berebut nasi putih berlaukkan minyak bilis ,telur hancur yang ku ambil dari
ayam betina yang kuberikan nama Kembong petang tadi dan toyu (kicap) cap
ayam. Aku sayang kembong kerana ayam ini
seakan-akan memahami kesusahan keluargaku kerana ayam ini kerap bertelur
walaupun badannya kecil berwarna hitam pekat..Aku kunyah nasiku perlahan-lahan
tetapi hatiku sebak melihat keadaan ini. Harga getah yang rendah menyebabkan
tekanan kian dirasai ketika ini. Harga pasaran bagi sekilo getah hanyalah
sekupang(sepuluh sen),maka berebut-rebutlah si peneroka membuka buku tiga lima
yang cukup popular di kedai Si India Siva yang tersenyih girang . Di sebalik
senyuman Siva itu tidak ubah seperti lintah yang menghisap darah, tapi apalah
daya si peneroka yang tidak punya apa-apa. Aku bangun dan basuh tangan di paip
air . ‘’ sikit makan mir?’’ terdengar ibuku bersuara. ‘’ da kenyang mak, tok
ndak jamu kuih tadi, sedap mak ,kenyang sangat”, lancar mulutku berbohong.
Sebenarnya aku simpan nasi untu abgku yangku tahu belum lagi menjamah apa2
lagi. Aku tidur awal kerana bersekolah pada esok hari. Katil double decker ini
memuatkan aku dan abangku dibahagian atas dan kakak dan adik-adikku dibahagian
bawah. Acapkali aku terjatuh ke bawah penangan abgku yang liar tidur malamnya.
Alamatnya , terpaksalah aku tidur beralas kain pelikat cap gajah duduk dilantai
kayu. Kedaifan ini sebenarnya banyak mengajarku erti sabar…dan keadaan ini
memacu kepada kematangan akal justeru menyelinap di segenap ragaku setiap kali
kemiskinan ini mematahkan semangatku.. aku akur dengan apa yang tuhan
berikan…akhirnya aku terlena dibuai angin yang tenang membelai jasad kecilku….aku
lena dalam sebak dadaku melayan perasaan…seperti angin yang lalu tenang membawa
kesejukan malam…berkatiku ya Allah…………………