Tuesday, April 18, 2017

TIPS TEKNIK MENJAWAB SOALAN EXAM UNDANG-UNDANG KERAJAAN 5102B

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Disini dikongsikan cara menjawab soalan peperiksaan peperiksaan undang2 kerajaan.

soalan undang-undang ni x boleh lari dari fakta. ramai orang yang kalut utk salin jawapan seborono kan. rasa nk cepat jawab bagi habis sepuluh soalan .

teknik cara menjawab adalah asas utama yang anda kena tahu : saya list kat sini

1. pengurusan masa
2. teknik tanda jawapan kat kertas soalan siap2
3. bertenang (org sebelah bawa buku byk itu psyco)
4. bawa buku yang tepat (buku mana nak bawa google la ye) saya nak ajar teknik shj


1. pengurusan masa

yang ni serius------dalam masa 3 jam kena jawab 10 soalan.. x cukup masa kan.. x cukup kalau manusia x pandai urus masa. kan Allah dah pesan.
mcmni  nak senang 15 min pertama adalah masa kritikal . dalam masa 15 min awal ni otak tgh fresh jadi.......


kena praktik jawab soalan seblm exam bagi biasakan muka surat yg nak dibuka. tanda jawapan dr soalan yang dah penah buat.

15 minit ni pilih sepuluh soalan yang anda familiar nak jawab dan yakin boleh cr jawapan dia.

15 minit ini juga untuk tanda mukasurat jawapan kat kertas soalan .(2. teknik tanda jawapan kat kertas soalan siap2) baca soalan dan faham btl2(waktu tgh tggu peg periksaaan duk prepare awal2 tu jimat masa)

dah siap semua tanda m/s jawapan (kalau korg slalu buat soalan lepas yg ni akan jadi mudah dan cepat sbb korg dah familiar)


ok


3. bertenang  

da siap buat ni tarik nafas sekejap bertenang. buat regangan otot sikit.. jgn pressure jari jemari ketika tulis nnti penat . pegang pen bg selesa dan lembut untuk salin sepantas kilat walaupun  cakar ayam.


4. bawa buku yg tepat dengan exam ok. kalau perlembagaan dan undang-undang pastikan tgk slip ok



spend masa  setiap soalan 15minit sahaja. 10 soalan akan jadi 2 jam setengah.. kan tadi dah spend masa awal 15 minit utk buat riview jawapan utk soalan.

salin jawapan utk satu soalan dalam 15 min shj satu soalan. kalau lebih skip soalan tu dan jawab soalan lain dahulu.
kenapa

sebab akhir sekali korg akan ada 15 min baki akhir kan, time korg kampoi balik mana yang x dan salin tu...rajin -rajin tgk jam kat depan naaaa...



setiap soalan pastikan menjawab dahulu soalan contoh...

ya @ tidak, boleh @ tak,,, kalau ya , berdasarkan situasi ini En X boleh melakukan _______ sejajar atau merujuk kepada Buku/Akta tajuk apa, perkara berapa, syeksen brapa .. salin sepuas dan sekilat yang mungkin. sbb byk sgt... hodoh pn xpa.. janji boleh baca .



15 minit akhir tu riview balik ok.


kalut sikit tulis entry ni. sbb ada kawan tanya mcmna nk lulus..

 ada sikit contoh soalan yg sedut dr google.. mohon credit kat sapa yang empunya soalan ni lama sangat dah .sory kalau serabut ayat. tgh kerja ada dateline nak kejar
















Sunday, January 20, 2013

hembusan bayu gunung 1


A
ngin memupuk lembut ke pipiku, terasa tenang sekali . Ternyata jasadku dan alam semulajadi di kampung ini sudah sebati. Kampungku , Feldaku, Felda Gunung Bongsu, satu perkampungan yang jauh dari hiruk pikuk sang Bandar yang menagih wang dari tenaga abdi kudrat tulang empat kerat manusia. Aku  suka kampungku ini, dalam hatiku setegari bukit-bukit yang mengelilingi secebis meta-populasi manusia yang terpilih untuk mengusahakan beberapa bidang tanah di bawah seliaan kerajaan. Ada yang tinngi , ada yang rendah, mungkin built yang rendah itu dinamakan sempena nama kampungku, gunung yang bongsu skali. Aku  bebas bergerak b ermain di celahan lengan si rambutan yang mekar membunga, merangkak di semak dibawah naungan si durian,juga sungai yang tenang mengalir membekalkan sumber protein yang percuma buat keluargaku. Nun jauh disana kulihat kawanan burung bebas terbang pulang ke sarang berbelakangkan keindahan kilauan emas sang mentari yang kian hilang seri wajahnya oh, matahariku.’’ Amir,ooo mir, balik nak, mandi,nanti lewat nak pi mengaji rumah tok ndak kau, ish budak bertuah ni,’’terdengar sayup suara ibuku yang sebenarnya sudah lama memerhatikan gerak-geriku tanpa kusedari. 

Aku anak keenam dari 8adik beradik, yang sulung arwah abangku, Mohd Rani, kemudian kakakku suzana,sunita,diikuti abangku ridzuan ,siti nur kakak ketigaku, juga adik perempuan comelku suhaida dan asshikin. Adik-adikku masih kecil, cuma tahu bermain seperti kanak-kanak lain tapi keriangan dimata mereka seolah-olah semangat bagiku untuk Berjaya. Aku tidak sampai hati melihat tangisan kesakitan adik-adikku walau kadang2 kenakalan mereka mengundang baranku yang mungkin turun dari dari genetik bapaku. Aku sayangkan mereka, sebab mereka membesar didepanku. Kakak dan abgku masing2 sibuk mencari rezeki kecuali kakakku yang sulung mengidap penyakit misteri yang menjadikannya berfikiran seperti keanak-anakan. Aku masih belum mengerti semua ini. Aku menyiapkan diri untuk kerumah jiranku yang juga tok guru alQuran ku. Tok ndak ,sangat baik dan pemurah. Tidak pernah berkasar bila melakukan kerja atau percakapannya yang lembut berbanding isterinya yang kasar dan kuat bergosip. Di fikiranku sempat juga ku selitkan animasi muka isteri tok ndak berbadan kan murai yang becok , baru la padan . ku ketawa sendirian. Lepas balik mengaji ,kucium tangan tok guruku dan berjalan pulang didalam kepekatan malam. Walau pun gentar, aku terpegun dengan kecantikan bintang yang setia mnemani bulan yang malu disebalik awan. Subhanallah , cantiknya alam ciptaan tuhan pokok-pokok disekelilingku mula mengusikku dengan lambaian-lambaian menakutkan .aku percepatkan langkahku agar segera sampai. Dari jauh kudengar sayup suara keluargaku bersembang ,diseliti suara kakak sitiku yang berlatih nayid barangkali. Tiba-tiba zappppppppppppppp kuterdengar libasan rotan kebelakang seseorang.aku sudah pasti itu mesti abg wanku yang baru pulang setelah seharian merayau bersama teman sebayanya. Aku lari di bawah rumah , kulihat di celahan dinding rumah kayu lama yang dimakan anai-anai, tepat jangkaanku. Aku beranikan diri masuk kerana ku dengar tangisan adik-adikku ketakutan. Kupanggil adik-adiku dan menemani ku makan. Masing2 berebut nasi putih berlaukkan minyak bilis ,telur hancur yang ku ambil dari ayam betina yang kuberikan nama Kembong petang tadi dan toyu (kicap) cap ayam.  Aku sayang kembong kerana ayam ini seakan-akan memahami kesusahan keluargaku kerana ayam ini kerap bertelur walaupun badannya kecil berwarna hitam pekat..Aku kunyah nasiku perlahan-lahan tetapi hatiku sebak melihat keadaan ini. Harga getah yang rendah menyebabkan tekanan kian dirasai ketika ini. Harga pasaran bagi sekilo getah hanyalah sekupang(sepuluh sen),maka berebut-rebutlah si peneroka membuka buku tiga lima yang cukup popular di kedai Si India Siva yang tersenyih girang . Di sebalik senyuman Siva itu tidak ubah seperti lintah yang menghisap darah, tapi apalah daya si peneroka yang tidak punya apa-apa. Aku bangun dan basuh tangan di paip air . ‘’ sikit makan mir?’’ terdengar ibuku bersuara. ‘’ da kenyang mak, tok ndak jamu kuih tadi, sedap mak ,kenyang sangat”, lancar mulutku berbohong. Sebenarnya aku simpan nasi untu abgku yangku tahu belum lagi menjamah apa2 lagi. Aku tidur awal kerana bersekolah pada esok hari. Katil double decker ini memuatkan aku dan abangku dibahagian atas dan kakak dan adik-adikku dibahagian bawah. Acapkali aku terjatuh ke bawah penangan abgku yang liar tidur malamnya. Alamatnya , terpaksalah aku tidur beralas kain pelikat cap gajah duduk dilantai kayu. Kedaifan ini sebenarnya banyak mengajarku erti sabar…dan keadaan ini memacu kepada kematangan akal justeru menyelinap di segenap ragaku setiap kali kemiskinan ini mematahkan semangatku.. aku akur dengan apa yang tuhan berikan…akhirnya aku terlena dibuai angin yang tenang membelai jasad kecilku….aku lena dalam sebak dadaku melayan perasaan…seperti angin yang lalu tenang membawa kesejukan malam…berkatiku ya Allah…………………

Wednesday, February 1, 2012

buat insan yg ku ingati...

2008 , aku tulis sedikit warkah ini pada saat kerinduan kepada adikku..


adikku…..
dengar warkah abg ini,
tika mata abg diuji manisnya senyuman,
maka terpancar  rasa yang izz,(kekuatan)
 menimbul harapan yang terpendam jauh disudut hati,
agar kau berjaya di hadapanku,
walau bisa mulutku berbicara,
walau sekeras mana tohmahanku, aku Cuma mahu kau fahamiku….
Namun belum sempat impianku tercapai,
Kau pergi sebelum abg sempat mengucapkan rasa yang bermain di hati abg,
Adikku suhaida,
Maafkan abg………….
Abg tak sempat ucapkan ,
Ujian yang perit diberi pada abg,
Dengan pemergianmu, abg x berpeluang lagi menatap wajahmu,dik,
Entah berapa kaliku cuba mendusta hati ini,
Hebat benar rasa rindu ini padamu,dik….
hanya tuhan saja tahu kasih seorang abg...

dan seketika terlantar kedunia khayalan hinga tersedar terlalu singkat masa  yg berlalu



untuk arwah adik Nursuhaida Bt Mohd Noor yg pergi menghadap ilahi 22/7/2008 , disebabkan kemalangan bas sekolah dalam perjalanan balik, sebulan sejurus harijadiku.. alfatihah.. adikku insan biasa yang sgt lembut hatinya...akulah tempatnya mengadu, dan dialah hidupku.. Ya Allah, tempatkanlah dia di tempat yang aman , aku mohon padamu rahmat buat adikku tersayang....


aku berpesan jika aku tiada , dalam laptop ada secebis novel tentang kisah hidupku... akan kuceritakan semuanya tentang perjalananku... 
1/9/2008
04:00
fgb
amiris

Thursday, January 26, 2012

lembaran pertama

hai ..start hari first untuk blog.. dalam blog ni cuma garapan pemikiran dan keluhan rasa mr love. sejenak harini  terfikir da 6 tahun blaja walau dari merangkak sampai berlari untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan org lain di kampus....untuk apa? hmmm... mungkin rasa normal bila dapat gred bagus then bila diri dipenuhi dengan permainan roda dunia , gred x lambangkan apa2 lagi...tapi faith! dimana kekuatan diri kita, pegangan kita... aku pun penah hanyut, dan masih bernafas untuk lihat dunia sementara ini....

hidup adalah satu proses pembelajaran , dari kecil kita dibimbing oleh orang tua kita .... dan itulah kita hari ini.   budak kampung... dulu kecil2 masih ingat pagi sekolah , petang kelas agama , malam pg masjid sorg2 terutama malam jumaat.. yang best time nak balik perghh jalan gelap lari pecut sampai rumah...pagi esok g kutip selipar kalo ada la..nasib takut punya pasal... kalau hari cuti pulak kena g tolong kutip getah beku kat kebun orang tua walau x dapat upah duit sebab time tu harga getah sekilo 10sen... yup murah giler.. so kalau nak makan nasi lemak kat sekolah, emmm berangan la... nasib dapat * rancangan makanan tambahan (RMT)

then result ok masuk sekolah menengah asrama , alhamdulilah  banyak perkara baru belaja termasuklah ilmu2 luar dari buku(hehe) sekolah unik skit sebab ada projek sukan, akademik dan arab... sooo sebab pandai jawi je time tu cikgu sruh masuk kelas arab.. ikut je orang da suruh ... xtau pe pun time tu...


sampai la ke harini ni soalan yang sama ditujukan , kenapa masuk universiti... start dengan diploma lak tu... jiran cakap pg keja nuh kilang banyak ...macam anak dia gaji sebulan 900rm sebulan hebat tu... aku masih diam sebab aku ada faith yang ilmu la yang boleh buat mulut jiran2 ni terkunci... aku sabar walau mcam2 orang cakap kat family aku...sampai gambar aku graduan tergantung di dinding.. dan pada hari kenduri akak aku mulut mereka terkunci melihat segulung ijazah digengam kemas disisi... tapi tak berhenti disitu rupa2nya kejayaan itu menjadi buah mulut busuk hati-hati yang dengki...

sekali lg aku sambung belajar ijazah , seprti biasa tohmahan itu datang lagi tapi aku da x kisah mungkin dah lali...kenapa sambung universiti lagi? aku masih diam x terkata .....terdiam untuk 6 tahun soalan itu.... anak2 mereka yg dipuja juga dikeji katanya x bantu family... 900rm sebulan mak cik.... sampai anak lari dari rumah.... tapi diselindungi....aku juga jd mangsa dicaci... ok aku cool sbb jarang kat rumah tapi my family yang tanggung segalanya .. sabarlah ibu bapaku... akan sampai hari itu...

6 tahun di universiti harini aku jawab dengan senang hati, di universiti kami diasuh untuk berfikir secara rasional dan berasaskan fakta yang kukuh... belajar menyelesaikan masaalah , belajar pandang dunia di luar kotak, belajar apa itu menghormati orang lain.... so harini kamu semua terdiam bila aku balik dan balas senyuman sinis kamu semua dengan kejayaan dan sesungguhnya ilmu pengetahuan yang mengangkat kedudukan insan.... terima kasih atas ihsan tohmahan dan kejian kamu semua yang membuat anak kampung ini semangat dan berjaya hingga hari ini.....


p/s haha aku da keluar dari tempurung


amiris